Tuesday, November 3, 2009

Salam alaik
Alhamdulillah…kali ni dpt jenguk gak blog ni! Bz ngan tugasan kt campus dan akhirnya 23 October 2009 b'jaya gak daku menlanding this semester ngan bek hihihi.Then sempat gak wat jamuan class utk raikan lecturer n tutor n kengkawan tau…dat is nice memories.Dr.Jaber 'muhadhir' utk hadith thani da dtg n sempat bagi wasiat B4 beliau kuaq dr majlis tu huhu rase amat terharu tul!ramainyer ustaz2 yg kasihkan diri kite…where ever we're, they are always take care bout us.Pesanan Dr.Jaber lbh kurang b'bunyi gini…
"ya aulad…antum sume sudah di thn akhir,Cuma tinggal 1 semester jer lagi utk m'habiskan pembelajaran disini. Antum takhasus fi majal al-quran dan hadith.Oleh e2 apa yg amat penting pd diri antum pertama sekali ikhlas dlm menuntut ilmu,ini kerana bila antum dah kuaq dari university ni antum sume da tanggungjawab yg lebih besar dlm masyarkt.Pupuklah mint m'baca dgn gigih dan kasihkan ilmu spt imam Syafie ketahuilah bahawa beliau merupakan org yg amat cintakan ilmu dan amat bijak. Ingatlah! ape yg Antum blaja di usim ni bknlah semata2 utk imtihan jer tp utk diaplikasi dan disebarkan pada masyarakat.buku2 pengajian sepanjang antum blaja juga b'guna selepas imtihan,rujuklah ia,jgn disimpan sbg p'hiasan.Dlm masyarakat antum mungkin akan m'jd pendidik anak2 kecil atau sebagainya,sekiranya antum m'jd guru yg mengajar anak2 kecil maka asuhlah mereka dgn 'qimah' al-quran dan hadith. Penggerak dan penyambung martabat al-quran dan as-sunnah adalah diri antum yg blaja khususan fii haza majal."
Jazakallahhu khairan kathira ila kullu muhadhirun
Sem 7 (4/7/2009 till 23/10/2009)

JOM KITER KENALI MAZHAB as-SYAFII

Anda mengaku bahwa diri anda pengikut mazhab sekian sekian tapi…pernahkah anda sume amik tau tentang asal usul pembawa aliran tersebut?hmmm singgah sejenak di sini,moga warkah yg sy coretkan di sini b'manfaat sbg p'kongsian ilmu.Awal kalam sy nak highlight kat sini bhw mazhab2 fiqh ternama spt (Hanafi,Maliki,syafii dan Hanbali)dan lain2 bukanlah merupakan aliran yg terpisah antara satu sama lain .kesemuanya berpegang kpd asas al-Quran dan as-sunnah Cuma berbeza pendapat dalam hal2 yg bukan pokok syariah.Ayuh sama2 kiter kenali lebih dekat beliau yg menjadi topik fokus kiter,hmmm Pengasas mazhab ni ialah Muhammad Ibn idris-dilahirkan diGhazanah,palestin pd thn 150 H.Bapanye b'keturunan quraisy spt Rasulullah manakala Ibunye seorg yaman b'keturunan Uzd.Beliau kehilangan bapanye semenjak kecil lagi (yatim) dan melalui kehidupan yg miskin.Ibunye berpindah utk menetap di mekah agar tidak berpisah dgn masyarakat quraisy dan demi menjaga beberapa kedudukan istimewa dikalangan arab kerana mereka terdiri dr kalangan bangsa Quraisy.beliau telah mula m'hafal al-quran semenjak tinggal b'sama ibunye di Ghazzah lagi kemudian m'beri tumpuan mempelajari hadis sewaktu berada di mekah.Untuk memperkuatkan lagi penguasaan bahasa beliau sering mengelak diri dr m'gunakan bahasa pasar spt penduduk kota mekah.malah beliau mendampingi suku kaum Huzail utk m'pelajari tutur kata dan budi bahasa mereka sbg suku arab yg paling fasih.kemudian setelah pulang ke Mekah beliau terus m'palajari kedua cabang ilmu ketika itu iaitu hadis dan fiqh dr para ulama di mekah.Hasilnye beliau telah menjadi seorang yg terpelajar sehingga menarik p'hatian khusus para ulama besar ketika itu seperti Muslim Ibn Khalid az-zinji dan Sufian Ibn Uyainah.ketika usinya m'capai 20thn beliau disifatkan sbg org yg layak mengajar hadis dan m'berikan fatwa tetapi beliau masih mahu meneruskan pengajiannya.kemahsyuran Imam Malik telah menarik minat beliau utk pergi b'guru dgn ulama besar itu,akhirnya sehinggakan b'peluang mendapat faedah m'pelajari kitab muwatta'.Beliau sentiasa b'dampingan dgn Imam Malik itu sehinggalah tokoh ulama madinah itu meniggal dunia.kematian imam Malik dgn sendirinya menamatkan pengajiannya selama 9thn b'sama gurunya itu.Beliau terus pulang ke mekah dan m'dpt pekerjaan sbg pegawai pemerintah tetapi beliau tidak lama berada disitu kerana mendapat fitnah sbg penyokong politik syiah.Lantaran pergaulan beliau yg lebih byk bersama masyarakat syiah disitu serta kritikan tajam yg dilemparkan terhadap pemerintah.Hasilnya beliau dibawa ke Baghadad dgn tgn b'gari utk mengadap khalifah Harun ar-Rasyid.setelah dikemukakan hujah2 beliau didapati tidak b'salah lalu dibebaskan.Antara org yg b'simpati dgn kesnya ini adalah Muhamad Ibn al-Hassan iaitu hakim Baghadad sendiri.Mereka telah b'kenalan sblm ini ketika sama2 menuntut ilmu bersama Imam Malik oleh itu pertemuan kedua ini m'beri peluang kpd imam Syafii kembali ke medan ilmu.Beliau mula m'pelajari fiqh aliran ar-ra'yu dr tokoh besar mazhab Hanafi t'sebut.Ketika b'dialog dgn fuqaha Iraq mengenai aliran mereka beliau sering meletakkan dirinya sbg anak murid kepada Imam Malik.Segala ilmu yg dipelajari ini telah menghasilkan satu perbandingan dgn melihat teori masing2 secara keseluruhan dan kesimpulan hukum yg dibuat secara terperinci.Beliau telah m'capai 2 p'hasilan asas.asas pertama : mewujudkan satu mazhab baru.semasa beliau sbg murid Imam Malik beliau b'tindak m'p'tahankan p'dapat gurunya tetapi setelah b'kembang ilmunya maka beliau m'jadi seorang yg b'dikari dan maneliti p'dapat secara kritia sehingga ada buku karangan beliau "khilaf Malik" dan ketika b'guru dgn Muhamad Ibn al-Hassan,Abu Hanifah dan Abu yusuf beliau m'hasilkan buku b'judul "khilaf al-iraqiyin" .Beliau amat b'dikari dlm melontarkan p'dapat.asas kedua:m'bina asas istinbat(penyelidikan hukum) kaedah,teori p'binaan atau penyelidikan hukum telah dijelaskan oleh beliau scr t'perinci dikenali sbg usulul fiqh.Penemuan baru beliau itu kemudiannye disebar luas di Baghadad.tempat ini dipilih kerana pd masa itu ianye sbg pusat penyebaran ilmu.Hasil penulisan beliau spt ar-Risalah,al-'Um,Ikhtilafus-Hadis dan Musnad as-syafii.antara Muridnye adlh Abu Ya'kub yusuf Ibn Yahya al-Buaiti,Abu Ibrahim Ismail Ibn Yahya al-Mazni,ar-Rabi' bin Sulaiman dan al-Hassan Ibn Muhammad.Beliau meniggal dunia pd usia 54thn.sekian dulu utk kali ini,moga naungan ilahi terus melimpah wat pembaca2 catatan ini amin… ;-) nik 29oktober2009_12.15am

Friday, September 11, 2009

mEmBuRu 10 MaLaM...

LAILATUL QADAR MALAM YANG DITUNGGU
Setengah ulamak berpendapat perkataan al-qadr yg disandarkan pd mlm adlh menunjukkan kpd kemuliaan .hal ini kerana pada malam tersebut dimuliakan dengan penurunan al-quran serta keagungan para malaikat yang turun pada malam tersebut.malam ini juga terdapat banyaknya rahmat dari Allah,keberkatan dan pengampunan dariNya.Beruntunglah bagi sesiapa yang menghidupkan malam ini…ayuh muslimin dan muslimat, kiter same2 tingkatkan amalan dengan ikhlas supaya berpeluang bertemu dengan LAILATUL QADAR. Terdapat banyak kelebihan kalau kita menghidupkan malam al-qadr kerana allah telah menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan.maksudnya, ibadat yang dilakukan pada mlm berkenaan lebih BESAR PAHALAnya jika dibandingkan dengan bulan2 lain.berdasarkan dalil hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.a.W telah bersabda maksudnya" sesiapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan dating,dan sesiapa yang menghidupkan lailatul qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang." Oleh itu, sama2 lah menghidupkan malam al-qadr dgn iman yang ikhlas dan jitu dalam ibadat yang kita lakukan.Menghidupkan malam al-qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawih,membaca al-quran, bertahajud,berzikir dan berdoa.BILA LAILATUL QADAR??? Malam ini tidak ditentukan masanya bahkan Cuma diberitahu secara umum pada 10 MALAM yang TERAKHIR yang terdiri daripada malam2 GANJIL pada bulan ramadhan.berdasarkan kpd riwayat al-Bukhari dan lain2 sebagaiman disebut oleh ibn Abbas bahawa nabi S.A.W bersabda yang bermaksud"carilah lailatul qadar pada 10 mlm yang terakhir drpd bln ramadhan.lailatil qadar pada mlm 29 yang masih baki,mlm 27 yang masih baki, mlm 25 yang masih baki". DIKATAKAN bahawa Malam al-qadr mepunyai banyak tanda dan alamatnya.sebahagian besar tak berlaku kecuali setelah berlalunya malam itu.antara TANDA2 MALAM AL-QADR ialah matahari terbit dgn sifat ia tidak mempunyai sinaran yang terik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zar bin Habisy dia mendengar Ubay ibn Kaab berkata….."tandanya ialah matahari yang terbit pada pagi esok hari berwarna putih tanpa mempunyai sinaran cahaya". Pernah juga disebut orang kononnya seorang yang dapat melihat lailatul qadr akan Nampak semua benda sedang sujud dan ada juga yang berkata antara tanda lailatul qadr itu ialah doa yang dipanjatkan dimustajab kepada sesiapa yang dikehendakiNya.DISISI JUMHUR bnyk riwayat mentarjihkan lailatul qadr itu berlaku pd 10 mlm terakhir ramadhan dan mlm yg paling ditunggu mlm yg ke 27 . semuanya kuasa ALLAH dalam menetapkan sesuatu.sebagai hambaNya kita semua digalakkan mendekatkan diri kpnNya dengan amalan kebaikan dan BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK disepanjang waktu,lebih2 lagi dibulan ramadhan yang barakah kerana ia MADRASAH terbaik bagi umat islam.
12ramadhan1423-library usim-shikin;-)

Tuesday, September 1, 2009

تعل ندروس عن المواقع الإسلامية التي تخدم الكتاب والسنة
كما التالي:
مجمع الملك فهد لطباعة القرآن http://www.qurancomplex.org
حسريزل عبد الجمل http://saifulislam.com
خطب الجمع من الحرمين http://www.khotab.net/
موقع الشفاء http://www.ashefaa.com/
مجلة المجتمع http://mujtamaa-mag.com/
الحديث الشريف http://hadith.al-islam.com
القرآن بالفلاش http://www.quranflash.com
تخريج الحديث http://arabic.islamweb.com/Books/albani.asp
إعجاز القرآن http://www.55a.net http://www.hyahya.org
القاموس http://lexicons.ajeeb.com
فهرس المواقع الإسلامية http://www.sultan.org/a/

Sunday, July 26, 2009

kEnaPa?KenApa?KenaPa yer?

Nape pompuan kena pakai tudung? n Nape kiter perlu tutup aurat?
Hmmm bagi orang2 non-muslim mesti mereka t'tanya2 kenapa ajaran islam menyeru kaum wanita muslimat ni menutup aurat. Malah wanita WAJIB menutup keseluruhan tubuh mereka kecuali muka dan tapak tangan jer yang boleh diperlihatkan! Lain plak citernyer bg kaum lelaki, mereka xder laa kena tutup tubuh mereka sebegitu rupa…argh!!! Tidak adilkah islam itu terhadap kaum2 wanita ni? Sorang gadis bertanyakan hal ni kepadaku…
Ketahuilah bahawa dalam hadith Muslim dlm kitab iman ader menyebut hal tentang betapa ramainyer wanita adalah ahli neraka,nauzubillah moga kiter tak tergolong dalam ahli itu.
Secara asasnyer golongan wanita itu dijadikan sifatnyer amat cantik sekali…sebaik2 perhiasan adalah wanita, tp digolongkan pula kepada wanita yang solehah tau!
Umumnya wanita dituntut menutup aurat (pakai tudung dll) adalah kerana ianyer suatu tuntutan syariat..berdasarkan firman Allah di dalam surah an-nur ayat 31(utk maklumat lanjut sila rujuk tafsir).Jelaslah bahawa Allah itu sang pengcipta yang maha agung. Bukan tidak bersebab tuntutan yang diwajibkanNya itu tetapi kiter yang sering leka dan xmau b'pikir dan xmau ikut suruhannyer itu.hari ini kiter lihat ramai wanita yang mengaku dirinya itu islam tapi mengabaikan tuntutan ini.FREE hairs berleluasa klau dikalangan artist tu huh! Xyah ckp laa dh sedia maklum pun tp yg herannyer mereka dijadikan contoh oleh gadis2 islam.
Relevannyer wanita dituntut pakai tudung kerana 50% kecantikan rambut mereka itu dan 50% kecantikan wajah mereka itu juga merangkumi keseluruhan kecantikkan diri mereka…sesuatu yang cantik bukankah ianyer wajar ditutup dan dijaga rapi agar ianya terpelihara? JANGAN DIDEDAH SEMBARANGAN! Selain itu, usahlah didedahkan kecantikan anda wahai wanita2 sekalian kerana adalah lebih baik kecantikan anda itu dipaparkan kepada suami anda sahaja!
Panahan syaitan sentiasa menarik umat manusia agar melakukan perbuatan yg negatif…aduh! Sakitnyer mata andai terlihat wanita yg mendedahkan aurat mereka kpd umum. Hmmm Soal pakai tudung kadang2 dianggap remeh-temeh oleh wanita islam hari ini.Macam2 fesyen bertudung sudah timbul tapi sebaiknyer pilihlah yg menepati syara' ek! -cahaya kedamaianku ;-)

Sunday, June 28, 2009

tEkniK MeMpErkAsaKan MiNdA

Merujuk kepada buku "rahsia minda jutawan" penulis Amar Mahmood mengenai taknik memperkasakan minda dan memperhebatkan minda ia boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah penggulangan. Kaedah ini untuk mengubah sesuatu kepercayaan minda untuk memprogramkannya kepada perkara2 yang dihajati yang apabila disebut secara berulang-ulang di dalam diri akan mebentuk suatu sistem kepercayaan.Para usahawan yang Berjaya sentiasa menggungkapkan dan mengulang kata2 positif spt "aku ingin Berjaya" dan "aku ingin hebat" berkali-kali.Lantas mindanya akan mendorong dirinya untuk terus maju ke hadapan.Maka,untuk mengaplikasikan minda untuk berhijrah,kita harus sentiasa mengungkap dan mengulang perkataan2 positif seperti"aku ingin berubah" "aku ingin berhijrah" "aku x akan tinggalkan solat"berkali-kali. Ungkapan yang berulang2 ini akan melekat dan menjadikan minda kita semakin hebat dan kukuhdengan apa yang ingin diubah.ini ditambah pula dengan peranan ahli keluarga,rakan2 dan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan kata2 dorongan untuk kita melakukan hijrah tersebut. Namun jangan lupa untuk berdoa supaya perubahan ini akan mendapat keredhaanNya. Manakala kekuatan emosi pula mampu menyokong minda untuk menjadi hebat.contohnya perasaan Syahdu,khusyu' dan bersungguh2 ketika berdoa kepada Allah pasti membuahkan tangisan yang ikhlas mengharapkan keredhaan Allah.Sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya yang ikhlas dan bersungguh2.
Allah berfirman yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"(Ar-Ra'd:11)
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan hidup kita ke arah yang lebih baik dan mendapat keberkataan daripada Allah SWT, InsyaAllah. -Nik;-)

Monday, June 15, 2009

4 all my beloved friendz

MY FRIEND


When you are sad
I will dry your tears.

When you are scared
I will comfort your fears.


When you are worried
I will give you hope.

When you are confused
I will help you cope.

And when you are lost
and can't see the light.

I shall be your beacon
shining ever so bright.

This is my oath
I pledge till the end.
Why you may ask
because you're my friend.


From~~nik

pertemuan bukan milik kita...

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.....hebat kan??? Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan BUKANNYA oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.

Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali....... (edaran dr sahabat untuk sahabat)~~nik