Friday, September 23, 2011

putri Qadhtrunnada

1 pengalaman yg tidak dpt sy lupakan kronologi b'sama putri Qhadthrunnada…di petang yg damai, sy dan semua yg ada di rumah pd hr e2 b'santai dihalaman rumah sambil menikmati ais krim yg amat best skali!dub,dub tendangan kuat dr dalam perut mungkin dr kaki kecil putri Qhadthrunnada m'buatkan si ibu tersentak.Selang beberapa minit kemudian turun tanda2 untuk kelahiran yg tidak disangka2 kerana "due date" kelahirannya belum tiba lg…"Mak anjang!jom teman kak ke hospital" tanpa b'lengah lg sy pun tinggalkan kerja yg tgh diuruskan tanpa banyak bicara kerana putri Qadhtrunnada.jam di hp mnunjukkan jam 6ptg, kakak sy telah dimasukkan ke wad bersalin Hospital Kuala Nerang bukaan untuk kelahiran adalah 3 tetapi memandangkan ada sedikit implikasi terhadap bayi yg di kandung selama hampir mencecah 36 minggu itu..maka kakak sy diusung menaiki ambulan yg sememangnya standby 24jam dilorong kecemasan.sy dan abang ipar plak follow dr blakang sehinggalah sampai ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar jam 7.25mlm.kami menanti dan terus menanti diruangan menunggu dengan bertemankan selawat dan beberapa potong ayat untuk menenangkan diri sendiri.Jam 9 lebih penantian kami terjawab dan segalanya terlerai apabila doktor memaklumkan sesuatu yg sukar diterima tetapi apakan daya kita hanya milikNya. Putri Qadhtrunnada rupa-rupanya telah dilahirkan jam 7.35mlm lg tetapi disahkan meninggal dunia disebabkan Intraurine death.dr penjelasan doctor baru sy faham,implikasi songsang terjadi apabila kepala bayi tidak berpusing dan berada pada kedudukan bertentangan dr kebiasaan.secara naturalnya apabila tiba waktu bersalin kepala bayi akan berada dibawah dan sedia untuk push keluar.di hening senja pada 13.09.2011 terpisahlah si ibu dengan Putri Qadhtrunnada buat selamanya. Urusan di Hospital mengambil masa yg agak lama apabila membabitkan kelahiran dan kematian maka sekali lagi sy dan abag ipar menjadi penunggu yg amat setia pd hari itu. Jam 11mlm hp sy dihubungi oleh nurse wad bersalin yg memaklumkan kami boleh menuntut mayat si kecil putri Qadhtrunnada dan berurusan dengan unit forensik Hospital berkenaan.alhamdulillah setelah hampir setengah jam kemudian selesai jua urusan pengambilan jenazah tersebut.Satu-satunya orang yg ada disitu untuk memangku mayat putri Qadhtrunnada adalah sy,dengan hati yg luluh sy mengangkat mayat si kecil ke pangkuan sementara abag ipar ke parkir untuk mengambil kereta…kini tinggal sy dan si kecil diruangan forensik…berdekatan bilik mayat sememangnya sunyi dan tiada kakitangan yg lalu-lalang.Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diri sy menghadapi situasi ketika itu hanya Allah yg tahu.Hujan rintik2 menemani kami di depan unit forensik,tak lama selepas itu abag ipar dan seorang sahabatnya tiba kemudian kami bergerak pula ke unit kecemasan untuk menguruskan kakak sy yg ingin pulang bersama putrinya.Kini Sy menemani lg putri Qadhtrunnada didalam kereta,bagi memecah kesunyian dan mengubati lara di hati iringan ayat al-Quran dilafazkan sambil sy terus memangku si kecil tanpa rasa penat dan lenguh…apalah nilainya tenagaku memangku si kecil pd hari ini b'banding si ibunya yg mengandungkannya hampir 36minggu di dalam kandungan.selepas ini sy sudah tak dapat lagi memangku atau b'main dengan putri kecil ini,peluang b'sama tak dipersiakan. Jam 1.30pg kami tiba diperkarangan rumah dan disambut oleh ahli keluarga yg telah lama menananti kepulangan kami. Di pagi yg dingin,buat pertama kalinya kami semua menatap wajah si kecil putri Qadhtrunnada yg putih gebu,b'bibir merah,berambut hitam lebat sungguh comel sekali!tapi dia hanya kaku. Allah lebih menyayanginya drpd manusia yg lain innalillahiwainnailaihiraji'un moga syurgalah tempat putri kecil ini melambai-lambai tangan kecilnya menanti kami semua kelak AMIN.

*cahaya_kedamaianku

Thursday, August 18, 2011

mErDekA kEr?

Allah menganugerahkan bulan Ramadan untuk m'beri pluang kpd kita memerdekakan diri drpd dikuasai oleh syaitan dan juga nafsu.pd bln Ramadan syaitan laknatullah telah dirantai spt sabda rasulullah اذا كان رمضان فتحت أبواب الرحمة وغلفت جهنم وسلسلت الشياطين - HR Muslim. Yang tinggal hanyalah nafsu.Berjayakah kita memerdekakan diri drpd godaan nafsu?tepuk dada tanyalah iman.
Kita boleh mengukur samada kita b'jaya menundukkan nafsu atau kita yg tunduk kpd nafsu.jika kita masih melakukan p'baziran,boros b'belanja,hasad dengki dgn kelebihan org lain,maka bererti kita masih dikuasai oleh nafsu.demikian juga jika masih malas untuk b'ibadat terutamanya solat terawih kerana kerana keletihan akibat makan t'lalu banyak ketika b'buka.ini b'erti kita belum merdeka drpd belenggu nafsu dan syaitan.al-khaubawiyi seorang ulama yg hdup pd abad ke-13 H m'ceritakan perihal nafsu.ketika ALLAH b'firman kpd nafsu:"wahai nafsu,mengadaplah kamu!"nafsu tidak m'jwb,sekadar mendiamkan diri.lalu allah b'firman lagi,"siapakah engkau dan siapakah aku?"lalu nafsu b'kata"aku adalah aku dan engkau adalah engkau".ALLAH menyiksanya di dlm neraka jahim selama 100 thn dan kemudian dikeluarkan.ALLAH b'firman lagi" siapakah engkau dan siapakah aku?"jwb nafsu "aku adalah aku dan engkau adalah engkau".lalu pada kali ini ALLAH menyiksa nafsu did lm neraka juu'(kelaparan)selama 100 thn tanpa diberi mkn dan mnum.setelah dikeluarkan ALLAH b'firman"siapakah engkau dan siapakah aku?"nafsu m'jawab "aku adlh HAMBAMu yg engkau ciptakan dan Engkau Tuhanku yg maha agung pemilik alam ini".Demikianlah nafsu yg sifatnya degil dapat ditundukkan apabila kelaparan.Inilah kelemahan nafsu,maka b'puasa adlh salah satu cara kita untuk menundukkan nafsu.jika nafsu dpt ditundukkan mudahlah kita mengabdikan diri kpd ALLAH.Namun begitu bukan mudah untuk keluar drpd belenggu nafsu kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menyesatkan manusia drpd jln yg lurus.perlu diingat hanya Ramadan syaitan dirantai tetapi bagaimana dgn 11 bln yg lain?terlalu besar godaannya.Hanya orang yg sedar shj akan sentiasa b'waspada dgn godaan ini.malah ALLAH turut menganugerahkan akal kpd manusia,sepatutnya kita dapat menandingi godaan ini.kata saidina ali"aku dan nafsu spt mnjaga sekawan kambing,jika t'leka pasti kambing2 itu akan t'lepas drpd kawalan lalu merosakkan hasil tanaman orang lain"itulah p'umpamaan nafsu yg mesti sentiasa dikawal rapi.
Mudah-mudahan anugerah allah iaitu bln Ramadan dpt memerdekakan diri kita drpd belenggu syaitan dan nafsu.Inilah keistimewaan bln Ramadan kerana ia mendidik rohani dan jasmani m'jd mantap! *cahaya_kedamaianku

Monday, August 15, 2011

buLaN keBeRkaTaN

Ramadhan merupakan bulan keberkatan yang penuh bermakna buat umat yg mengamalkan segala suruhan dalam kehidupannya sebagai seorang muslim…tak bermaksud bulan2 lain tiada kepentingannya…
Pejam celik pejam celik sudah separuh bulan kita sebagai umat islam melaksanakan ibadah wajib iaitu salah satu drpd rukun islam,yg ke-3 BERPUASA.bulan keberkatan ini amat bermakna buat diriku dan mungkin juga kpd mereka yg menghayati bulan ini sebaiknya.
Betapa indahnya ukhwah ini apabila dilimpahi keberkatanMu ya Allah.di bulan yg mulia ini memupuk saya dan keluarga serta umat islam yg lainnya sama2 mengeratkan hubungan sesama seagama.Mana tidaknya,pd bulan penuh berkat ini semua umat akan berkumpul menantikan waktu berbuka dan bersahur bersama.Saya juga tak terkecuali…sudah pasti ramai dikalangan kita yg sudah menghafal sepenuhnya taqwim ramadhan hehehe.walaupun sesibuk mana sekalipun seseorang itu dgn pekerjaannya pada saat dan ketika azan maghrib berkumandang,automatic semua berkumpul, tidak kiralah samada beriftar di rumah bersama keluarga mahupun bersama jemaah2 di surau dan masjid2 yg menyediakan moreh.silaturahim yg terjalin ini terasa amat erat sekali,terima kasih ya allah di atas keberkatan silaturahim yg terjalin. *cahaya_kedamaianku

Thursday, June 30, 2011

bak kata seniman P.RAMLEE kadang2,jarang2

salam
terasa ralat sesangat kt blog ku ini...dah lame xnulis d cni huhuhu motif kewujudan xdiaplikasi sebetulnyer hadoooooooooiiiiiiiiiiiii ict oh ict.....next post insyaallah akan da info2 yg mungkin m'beri manfaat tuk dri sndri n owg yg m'baca or terbca blog ku ini....sekian wat kali ini ;-)

Tuesday, November 3, 2009

Salam alaik
Alhamdulillah…kali ni dpt jenguk gak blog ni! Bz ngan tugasan kt campus dan akhirnya 23 October 2009 b'jaya gak daku menlanding this semester ngan bek hihihi.Then sempat gak wat jamuan class utk raikan lecturer n tutor n kengkawan tau…dat is nice memories.Dr.Jaber 'muhadhir' utk hadith thani da dtg n sempat bagi wasiat B4 beliau kuaq dr majlis tu huhu rase amat terharu tul!ramainyer ustaz2 yg kasihkan diri kite…where ever we're, they are always take care bout us.Pesanan Dr.Jaber lbh kurang b'bunyi gini…
"ya aulad…antum sume sudah di thn akhir,Cuma tinggal 1 semester jer lagi utk m'habiskan pembelajaran disini. Antum takhasus fi majal al-quran dan hadith.Oleh e2 apa yg amat penting pd diri antum pertama sekali ikhlas dlm menuntut ilmu,ini kerana bila antum dah kuaq dari university ni antum sume da tanggungjawab yg lebih besar dlm masyarkt.Pupuklah mint m'baca dgn gigih dan kasihkan ilmu spt imam Syafie ketahuilah bahawa beliau merupakan org yg amat cintakan ilmu dan amat bijak. Ingatlah! ape yg Antum blaja di usim ni bknlah semata2 utk imtihan jer tp utk diaplikasi dan disebarkan pada masyarakat.buku2 pengajian sepanjang antum blaja juga b'guna selepas imtihan,rujuklah ia,jgn disimpan sbg p'hiasan.Dlm masyarakat antum mungkin akan m'jd pendidik anak2 kecil atau sebagainya,sekiranya antum m'jd guru yg mengajar anak2 kecil maka asuhlah mereka dgn 'qimah' al-quran dan hadith. Penggerak dan penyambung martabat al-quran dan as-sunnah adalah diri antum yg blaja khususan fii haza majal."
Jazakallahhu khairan kathira ila kullu muhadhirun
Sem 7 (4/7/2009 till 23/10/2009)

JOM KITER KENALI MAZHAB as-SYAFII

Anda mengaku bahwa diri anda pengikut mazhab sekian sekian tapi…pernahkah anda sume amik tau tentang asal usul pembawa aliran tersebut?hmmm singgah sejenak di sini,moga warkah yg sy coretkan di sini b'manfaat sbg p'kongsian ilmu.Awal kalam sy nak highlight kat sini bhw mazhab2 fiqh ternama spt (Hanafi,Maliki,syafii dan Hanbali)dan lain2 bukanlah merupakan aliran yg terpisah antara satu sama lain .kesemuanya berpegang kpd asas al-Quran dan as-sunnah Cuma berbeza pendapat dalam hal2 yg bukan pokok syariah.Ayuh sama2 kiter kenali lebih dekat beliau yg menjadi topik fokus kiter,hmmm Pengasas mazhab ni ialah Muhammad Ibn idris-dilahirkan diGhazanah,palestin pd thn 150 H.Bapanye b'keturunan quraisy spt Rasulullah manakala Ibunye seorg yaman b'keturunan Uzd.Beliau kehilangan bapanye semenjak kecil lagi (yatim) dan melalui kehidupan yg miskin.Ibunye berpindah utk menetap di mekah agar tidak berpisah dgn masyarakat quraisy dan demi menjaga beberapa kedudukan istimewa dikalangan arab kerana mereka terdiri dr kalangan bangsa Quraisy.beliau telah mula m'hafal al-quran semenjak tinggal b'sama ibunye di Ghazzah lagi kemudian m'beri tumpuan mempelajari hadis sewaktu berada di mekah.Untuk memperkuatkan lagi penguasaan bahasa beliau sering mengelak diri dr m'gunakan bahasa pasar spt penduduk kota mekah.malah beliau mendampingi suku kaum Huzail utk m'pelajari tutur kata dan budi bahasa mereka sbg suku arab yg paling fasih.kemudian setelah pulang ke Mekah beliau terus m'palajari kedua cabang ilmu ketika itu iaitu hadis dan fiqh dr para ulama di mekah.Hasilnye beliau telah menjadi seorang yg terpelajar sehingga menarik p'hatian khusus para ulama besar ketika itu seperti Muslim Ibn Khalid az-zinji dan Sufian Ibn Uyainah.ketika usinya m'capai 20thn beliau disifatkan sbg org yg layak mengajar hadis dan m'berikan fatwa tetapi beliau masih mahu meneruskan pengajiannya.kemahsyuran Imam Malik telah menarik minat beliau utk pergi b'guru dgn ulama besar itu,akhirnya sehinggakan b'peluang mendapat faedah m'pelajari kitab muwatta'.Beliau sentiasa b'dampingan dgn Imam Malik itu sehinggalah tokoh ulama madinah itu meniggal dunia.kematian imam Malik dgn sendirinya menamatkan pengajiannya selama 9thn b'sama gurunya itu.Beliau terus pulang ke mekah dan m'dpt pekerjaan sbg pegawai pemerintah tetapi beliau tidak lama berada disitu kerana mendapat fitnah sbg penyokong politik syiah.Lantaran pergaulan beliau yg lebih byk bersama masyarakat syiah disitu serta kritikan tajam yg dilemparkan terhadap pemerintah.Hasilnya beliau dibawa ke Baghadad dgn tgn b'gari utk mengadap khalifah Harun ar-Rasyid.setelah dikemukakan hujah2 beliau didapati tidak b'salah lalu dibebaskan.Antara org yg b'simpati dgn kesnya ini adalah Muhamad Ibn al-Hassan iaitu hakim Baghadad sendiri.Mereka telah b'kenalan sblm ini ketika sama2 menuntut ilmu bersama Imam Malik oleh itu pertemuan kedua ini m'beri peluang kpd imam Syafii kembali ke medan ilmu.Beliau mula m'pelajari fiqh aliran ar-ra'yu dr tokoh besar mazhab Hanafi t'sebut.Ketika b'dialog dgn fuqaha Iraq mengenai aliran mereka beliau sering meletakkan dirinya sbg anak murid kepada Imam Malik.Segala ilmu yg dipelajari ini telah menghasilkan satu perbandingan dgn melihat teori masing2 secara keseluruhan dan kesimpulan hukum yg dibuat secara terperinci.Beliau telah m'capai 2 p'hasilan asas.asas pertama : mewujudkan satu mazhab baru.semasa beliau sbg murid Imam Malik beliau b'tindak m'p'tahankan p'dapat gurunya tetapi setelah b'kembang ilmunya maka beliau m'jadi seorang yg b'dikari dan maneliti p'dapat secara kritia sehingga ada buku karangan beliau "khilaf Malik" dan ketika b'guru dgn Muhamad Ibn al-Hassan,Abu Hanifah dan Abu yusuf beliau m'hasilkan buku b'judul "khilaf al-iraqiyin" .Beliau amat b'dikari dlm melontarkan p'dapat.asas kedua:m'bina asas istinbat(penyelidikan hukum) kaedah,teori p'binaan atau penyelidikan hukum telah dijelaskan oleh beliau scr t'perinci dikenali sbg usulul fiqh.Penemuan baru beliau itu kemudiannye disebar luas di Baghadad.tempat ini dipilih kerana pd masa itu ianye sbg pusat penyebaran ilmu.Hasil penulisan beliau spt ar-Risalah,al-'Um,Ikhtilafus-Hadis dan Musnad as-syafii.antara Muridnye adlh Abu Ya'kub yusuf Ibn Yahya al-Buaiti,Abu Ibrahim Ismail Ibn Yahya al-Mazni,ar-Rabi' bin Sulaiman dan al-Hassan Ibn Muhammad.Beliau meniggal dunia pd usia 54thn.sekian dulu utk kali ini,moga naungan ilahi terus melimpah wat pembaca2 catatan ini amin… ;-) nik 29oktober2009_12.15am