Thursday, August 18, 2011

mErDekA kEr?

Allah menganugerahkan bulan Ramadan untuk m'beri pluang kpd kita memerdekakan diri drpd dikuasai oleh syaitan dan juga nafsu.pd bln Ramadan syaitan laknatullah telah dirantai spt sabda rasulullah اذا كان رمضان فتحت أبواب الرحمة وغلفت جهنم وسلسلت الشياطين - HR Muslim. Yang tinggal hanyalah nafsu.Berjayakah kita memerdekakan diri drpd godaan nafsu?tepuk dada tanyalah iman.
Kita boleh mengukur samada kita b'jaya menundukkan nafsu atau kita yg tunduk kpd nafsu.jika kita masih melakukan p'baziran,boros b'belanja,hasad dengki dgn kelebihan org lain,maka bererti kita masih dikuasai oleh nafsu.demikian juga jika masih malas untuk b'ibadat terutamanya solat terawih kerana kerana keletihan akibat makan t'lalu banyak ketika b'buka.ini b'erti kita belum merdeka drpd belenggu nafsu dan syaitan.al-khaubawiyi seorang ulama yg hdup pd abad ke-13 H m'ceritakan perihal nafsu.ketika ALLAH b'firman kpd nafsu:"wahai nafsu,mengadaplah kamu!"nafsu tidak m'jwb,sekadar mendiamkan diri.lalu allah b'firman lagi,"siapakah engkau dan siapakah aku?"lalu nafsu b'kata"aku adalah aku dan engkau adalah engkau".ALLAH menyiksanya di dlm neraka jahim selama 100 thn dan kemudian dikeluarkan.ALLAH b'firman lagi" siapakah engkau dan siapakah aku?"jwb nafsu "aku adalah aku dan engkau adalah engkau".lalu pada kali ini ALLAH menyiksa nafsu did lm neraka juu'(kelaparan)selama 100 thn tanpa diberi mkn dan mnum.setelah dikeluarkan ALLAH b'firman"siapakah engkau dan siapakah aku?"nafsu m'jawab "aku adlh HAMBAMu yg engkau ciptakan dan Engkau Tuhanku yg maha agung pemilik alam ini".Demikianlah nafsu yg sifatnya degil dapat ditundukkan apabila kelaparan.Inilah kelemahan nafsu,maka b'puasa adlh salah satu cara kita untuk menundukkan nafsu.jika nafsu dpt ditundukkan mudahlah kita mengabdikan diri kpd ALLAH.Namun begitu bukan mudah untuk keluar drpd belenggu nafsu kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menyesatkan manusia drpd jln yg lurus.perlu diingat hanya Ramadan syaitan dirantai tetapi bagaimana dgn 11 bln yg lain?terlalu besar godaannya.Hanya orang yg sedar shj akan sentiasa b'waspada dgn godaan ini.malah ALLAH turut menganugerahkan akal kpd manusia,sepatutnya kita dapat menandingi godaan ini.kata saidina ali"aku dan nafsu spt mnjaga sekawan kambing,jika t'leka pasti kambing2 itu akan t'lepas drpd kawalan lalu merosakkan hasil tanaman orang lain"itulah p'umpamaan nafsu yg mesti sentiasa dikawal rapi.
Mudah-mudahan anugerah allah iaitu bln Ramadan dpt memerdekakan diri kita drpd belenggu syaitan dan nafsu.Inilah keistimewaan bln Ramadan kerana ia mendidik rohani dan jasmani m'jd mantap! *cahaya_kedamaianku

Monday, August 15, 2011

buLaN keBeRkaTaN

Ramadhan merupakan bulan keberkatan yang penuh bermakna buat umat yg mengamalkan segala suruhan dalam kehidupannya sebagai seorang muslim…tak bermaksud bulan2 lain tiada kepentingannya…
Pejam celik pejam celik sudah separuh bulan kita sebagai umat islam melaksanakan ibadah wajib iaitu salah satu drpd rukun islam,yg ke-3 BERPUASA.bulan keberkatan ini amat bermakna buat diriku dan mungkin juga kpd mereka yg menghayati bulan ini sebaiknya.
Betapa indahnya ukhwah ini apabila dilimpahi keberkatanMu ya Allah.di bulan yg mulia ini memupuk saya dan keluarga serta umat islam yg lainnya sama2 mengeratkan hubungan sesama seagama.Mana tidaknya,pd bulan penuh berkat ini semua umat akan berkumpul menantikan waktu berbuka dan bersahur bersama.Saya juga tak terkecuali…sudah pasti ramai dikalangan kita yg sudah menghafal sepenuhnya taqwim ramadhan hehehe.walaupun sesibuk mana sekalipun seseorang itu dgn pekerjaannya pada saat dan ketika azan maghrib berkumandang,automatic semua berkumpul, tidak kiralah samada beriftar di rumah bersama keluarga mahupun bersama jemaah2 di surau dan masjid2 yg menyediakan moreh.silaturahim yg terjalin ini terasa amat erat sekali,terima kasih ya allah di atas keberkatan silaturahim yg terjalin. *cahaya_kedamaianku