Friday, September 11, 2009

mEmBuRu 10 MaLaM...

LAILATUL QADAR MALAM YANG DITUNGGU
Setengah ulamak berpendapat perkataan al-qadr yg disandarkan pd mlm adlh menunjukkan kpd kemuliaan .hal ini kerana pada malam tersebut dimuliakan dengan penurunan al-quran serta keagungan para malaikat yang turun pada malam tersebut.malam ini juga terdapat banyaknya rahmat dari Allah,keberkatan dan pengampunan dariNya.Beruntunglah bagi sesiapa yang menghidupkan malam ini…ayuh muslimin dan muslimat, kiter same2 tingkatkan amalan dengan ikhlas supaya berpeluang bertemu dengan LAILATUL QADAR. Terdapat banyak kelebihan kalau kita menghidupkan malam al-qadr kerana allah telah menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan.maksudnya, ibadat yang dilakukan pada mlm berkenaan lebih BESAR PAHALAnya jika dibandingkan dengan bulan2 lain.berdasarkan dalil hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.a.W telah bersabda maksudnya" sesiapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan dating,dan sesiapa yang menghidupkan lailatul qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang." Oleh itu, sama2 lah menghidupkan malam al-qadr dgn iman yang ikhlas dan jitu dalam ibadat yang kita lakukan.Menghidupkan malam al-qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawih,membaca al-quran, bertahajud,berzikir dan berdoa.BILA LAILATUL QADAR??? Malam ini tidak ditentukan masanya bahkan Cuma diberitahu secara umum pada 10 MALAM yang TERAKHIR yang terdiri daripada malam2 GANJIL pada bulan ramadhan.berdasarkan kpd riwayat al-Bukhari dan lain2 sebagaiman disebut oleh ibn Abbas bahawa nabi S.A.W bersabda yang bermaksud"carilah lailatul qadar pada 10 mlm yang terakhir drpd bln ramadhan.lailatil qadar pada mlm 29 yang masih baki,mlm 27 yang masih baki, mlm 25 yang masih baki". DIKATAKAN bahawa Malam al-qadr mepunyai banyak tanda dan alamatnya.sebahagian besar tak berlaku kecuali setelah berlalunya malam itu.antara TANDA2 MALAM AL-QADR ialah matahari terbit dgn sifat ia tidak mempunyai sinaran yang terik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zar bin Habisy dia mendengar Ubay ibn Kaab berkata….."tandanya ialah matahari yang terbit pada pagi esok hari berwarna putih tanpa mempunyai sinaran cahaya". Pernah juga disebut orang kononnya seorang yang dapat melihat lailatul qadr akan Nampak semua benda sedang sujud dan ada juga yang berkata antara tanda lailatul qadr itu ialah doa yang dipanjatkan dimustajab kepada sesiapa yang dikehendakiNya.DISISI JUMHUR bnyk riwayat mentarjihkan lailatul qadr itu berlaku pd 10 mlm terakhir ramadhan dan mlm yg paling ditunggu mlm yg ke 27 . semuanya kuasa ALLAH dalam menetapkan sesuatu.sebagai hambaNya kita semua digalakkan mendekatkan diri kpnNya dengan amalan kebaikan dan BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK disepanjang waktu,lebih2 lagi dibulan ramadhan yang barakah kerana ia MADRASAH terbaik bagi umat islam.
12ramadhan1423-library usim-shikin;-)

Tuesday, September 1, 2009

تعل ندروس عن المواقع الإسلامية التي تخدم الكتاب والسنة
كما التالي:
مجمع الملك فهد لطباعة القرآن http://www.qurancomplex.org
حسريزل عبد الجمل http://saifulislam.com
خطب الجمع من الحرمين http://www.khotab.net/
موقع الشفاء http://www.ashefaa.com/
مجلة المجتمع http://mujtamaa-mag.com/
الحديث الشريف http://hadith.al-islam.com
القرآن بالفلاش http://www.quranflash.com
تخريج الحديث http://arabic.islamweb.com/Books/albani.asp
إعجاز القرآن http://www.55a.net http://www.hyahya.org
القاموس http://lexicons.ajeeb.com
فهرس المواقع الإسلامية http://www.sultan.org/a/