Sunday, July 26, 2009

kEnaPa?KenApa?KenaPa yer?

Nape pompuan kena pakai tudung? n Nape kiter perlu tutup aurat?
Hmmm bagi orang2 non-muslim mesti mereka t'tanya2 kenapa ajaran islam menyeru kaum wanita muslimat ni menutup aurat. Malah wanita WAJIB menutup keseluruhan tubuh mereka kecuali muka dan tapak tangan jer yang boleh diperlihatkan! Lain plak citernyer bg kaum lelaki, mereka xder laa kena tutup tubuh mereka sebegitu rupa…argh!!! Tidak adilkah islam itu terhadap kaum2 wanita ni? Sorang gadis bertanyakan hal ni kepadaku…
Ketahuilah bahawa dalam hadith Muslim dlm kitab iman ader menyebut hal tentang betapa ramainyer wanita adalah ahli neraka,nauzubillah moga kiter tak tergolong dalam ahli itu.
Secara asasnyer golongan wanita itu dijadikan sifatnyer amat cantik sekali…sebaik2 perhiasan adalah wanita, tp digolongkan pula kepada wanita yang solehah tau!
Umumnya wanita dituntut menutup aurat (pakai tudung dll) adalah kerana ianyer suatu tuntutan syariat..berdasarkan firman Allah di dalam surah an-nur ayat 31(utk maklumat lanjut sila rujuk tafsir).Jelaslah bahawa Allah itu sang pengcipta yang maha agung. Bukan tidak bersebab tuntutan yang diwajibkanNya itu tetapi kiter yang sering leka dan xmau b'pikir dan xmau ikut suruhannyer itu.hari ini kiter lihat ramai wanita yang mengaku dirinya itu islam tapi mengabaikan tuntutan ini.FREE hairs berleluasa klau dikalangan artist tu huh! Xyah ckp laa dh sedia maklum pun tp yg herannyer mereka dijadikan contoh oleh gadis2 islam.
Relevannyer wanita dituntut pakai tudung kerana 50% kecantikan rambut mereka itu dan 50% kecantikan wajah mereka itu juga merangkumi keseluruhan kecantikkan diri mereka…sesuatu yang cantik bukankah ianyer wajar ditutup dan dijaga rapi agar ianya terpelihara? JANGAN DIDEDAH SEMBARANGAN! Selain itu, usahlah didedahkan kecantikan anda wahai wanita2 sekalian kerana adalah lebih baik kecantikan anda itu dipaparkan kepada suami anda sahaja!
Panahan syaitan sentiasa menarik umat manusia agar melakukan perbuatan yg negatif…aduh! Sakitnyer mata andai terlihat wanita yg mendedahkan aurat mereka kpd umum. Hmmm Soal pakai tudung kadang2 dianggap remeh-temeh oleh wanita islam hari ini.Macam2 fesyen bertudung sudah timbul tapi sebaiknyer pilihlah yg menepati syara' ek! -cahaya kedamaianku ;-)